Selasa, Disember 25, 2007

Membina Jadual Guru - Winjaws


Cuti persekolahan 2007 menghampiri garisan penamatnya. Ini menandakan munculnya sesi persekolahan 2008. Pelajar secara umumnya masih lagi bercuti walaupun hakikatnya mereka ketika ini sudah sepatutnya bersedia untuk menghadapi pembelajaran baru. Tetapi bagi guru-guru, ia merupakan permulaan persediaan bagi tugas baru yang menanti tahun 2008.
Kami di unit ict pula sedang sibuk menyediakan jadual guru yang akan digunapakai pada 2008.
Ketika bermulanya tugas kami di unit sekarang ini dengan perisian jadual waktu SS001 pada tahun 2003, kami sentiasa cuba mencari alternatif untuk menggantikan perisian ini yang terkenal ketika itu dengan perisian lain yang lebih sesuai dengan zamannya. Ini adalah kerana SS001 menggunakan platform DOS iaitu versi komputer 486DX era 90an. Bagi guru yang sudah 'serasi' menggunakannya seperti kami sudah tentu tidak ada masalah tetapi lambat laun SS001 ketinggalan zaman. Kekangan pertama ialah penggunaan pencetak apabila jadual telah siap dibina. Terpaksalah unit kami ketika itu mencari pencetak seperti Canon Bubblejet 210SP disebabkan SS001 hanya kenal LPT1. Bila disambungkan pencetak yang menggunakan port USB, tiada tindakbalas dari printer ketika arahan 'print' diberi. Keduanya, SS001 tidak mampu memberikan kami analisa terperinci yang kami perlukan di samping 'interface' yang hitam putih (disebabkan versi DOS). Proses 'buka-tutup' rasanya beratus kali kami buat semata-mata untuk menyemak dan mengatur semula kedudukan guru dan kelas. Pengurusan kelas yang menggunakan pakej dan lebih rencam menyukarkan tugas kami. Jumlah guru pula mencecahkan 70 orang.
Pada tahun 2004, di bawah pentadbiran Pn. Hjh Syam selaku pengetua telah meminta unit kami mencari alternatif untuk menggantikan perisian 'zaman perang' ini. Pencarian kami membawa kami kepada WINJAWS yang dikeluarkan oleh DMH Software.
Wow! Mudahnya... itulah pendapat kami. Winjaws menggunakan mana-mana platform Windows sama ada 98,XP termasuklah Windows Vista (telah diuji oleh unit kami). Arahan dan antara mukanya (interface) mudah untuk dikendalikan. Analisa terperinci dapat kami adakan dan jadual dapat disiapkan dengan kadar yang lebih pantas. Apa yang lebih menyenangkan kami, cetaklah di mana-mana pencetak USB, pasti akan dicetak.
Sekiranya ingin maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan unit kami di 07-2221293 atau search di google: DMH Software, ok. Selamat mencuba!

Komen terkini