Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan

Selasa, Januari 29, 2008

GET Defrag-A-File 2


Prestasi komputer yang tidak menentu dan lembab kadangkala disebabkan oleh susun atur fail yang tidak seimbang dalam hard disk. Capaian kepada fail-fail tersebut menjadi lambat kerana jarak kedudukannya yang jauh antara satu sama lain. Ini boleh diatasi dengan melakukan defrag pada hard disk tersebut. GET Defrag -A-File 2 merupakan perisian defrag versi yang dipertingkatkan berbanding dahulu. Instalasi dan penggunaannya secara kerap dapat membantu membina kedudukan fail yang lebih baik dan tersusun. Secara tidak langsung capaian menjadi pantas dan prestasi komputer meningkat.

Beberapa fitur tambahan telah dimasukkan. antaranya;
• Algoritma pengisihan yang baru dan lebih maju untuk memastikan lebih banyak fail dapat di defrag dan melakukan defrag secara lebih pantas.

• Berkeupayaan untuk melakukan defrag melepasi tingkat fragmentasi tertentu pada fail terpilih.

• Mampu melakukan defragmentasi lebih daripada satu pemacu (drives) pada satu-satu masa.

Bagi mereka yang telah mencuba, bolehlah kongsi bersama dalam ruangan ulasan, ok.




Sabtu, Disember 01, 2007

Hiren's BootCD 9.2

Hiren's Boot CD - Pertama kali kami di unit ict diperkenalkan dengan perisian ini ialah melalui rakan ict kami, En. Tan Kiong Beng semasa berkursus. Cara penggunaannya telah didedahkan secara terperinci oleh beliau. Malahan beliau turut membuat penambahbaikan. Terima kasih En. Tan.

Boot CD ini mengandungi pelbagai program diagnostik dan bantuan seperti partitioning agents, system performance benchmarks, disk cloning and imaging tools, data recovery tools, MBR tools, BIOS tools, dan banyak lagi perisian yang dapat membantu membaiki masalah komputer. Ini termasuklah mengesan virus, spyware dan malware dari DOS (disk operating system) iaitu luar kawasan Windows. Ini membolehkan masalah pengguna yang mengalami kesukaran untuk masuk ke Windows dapat diatasi.
Caranya mudah:
1. Pindahkan (burn) kesemua fail yang telah di muat turun (rujuk sidebar- muaturun) dalam CD kosong untuk boot menggunakan CD berkenaan.
2. Restart komputer.
3. Tekan F5 (ikut konfigurasi laptop atau desktop masing2) atau delete untuk masuk ke BIOS. Ubah setting first boot device ke CDROM.
4. Pilih arahan yang tertera mengikut keperluan masing2.


Di antara perisian yang terdapat di dalamnya:
+Recuva 1.02.095
+JkDefrag 3.16
+S&M Stress Test 1.9.0
+Process Explorer 10.06
+Express Burn 2.02
Active Kill Disk 4.1
Samsung Hutil 2.04
SPecial Fdisk 2000.03t
TestDisk 6.8b
PhotoRec 6.8b
HDAT2 4.5.3
System Analyser 5.3r
Astra 5.33
NTFS4DOS 1.9
MpxPlay 1.55 final
Universal TCP/IP Network 6.01
Gcdrom 2.4
Unstoppable Copier 3.12
Silent Runners Revision 51
Autoruns 8.71
CPU-Z 1.40.5
CCleaner 1.41.544
ShellExView 1.16
McAfee Antivirus 4.4.50 (2907)
SpywareBlaster 3.5.1 (2907)
Ad-Aware SE Personal 1.06 (2907)
F-Prot Antivirus 3.16f (2907)
PCI and AGP info Tool (2907)

Komen terkini