Selasa, Disember 25, 2007

Membina Jadual Guru - Winjaws


Cuti persekolahan 2007 menghampiri garisan penamatnya. Ini menandakan munculnya sesi persekolahan 2008. Pelajar secara umumnya masih lagi bercuti walaupun hakikatnya mereka ketika ini sudah sepatutnya bersedia untuk menghadapi pembelajaran baru. Tetapi bagi guru-guru, ia merupakan permulaan persediaan bagi tugas baru yang menanti tahun 2008.
Kami di unit ict pula sedang sibuk menyediakan jadual guru yang akan digunapakai pada 2008.
Ketika bermulanya tugas kami di unit sekarang ini dengan perisian jadual waktu SS001 pada tahun 2003, kami sentiasa cuba mencari alternatif untuk menggantikan perisian ini yang terkenal ketika itu dengan perisian lain yang lebih sesuai dengan zamannya. Ini adalah kerana SS001 menggunakan platform DOS iaitu versi komputer 486DX era 90an. Bagi guru yang sudah 'serasi' menggunakannya seperti kami sudah tentu tidak ada masalah tetapi lambat laun SS001 ketinggalan zaman. Kekangan pertama ialah penggunaan pencetak apabila jadual telah siap dibina. Terpaksalah unit kami ketika itu mencari pencetak seperti Canon Bubblejet 210SP disebabkan SS001 hanya kenal LPT1. Bila disambungkan pencetak yang menggunakan port USB, tiada tindakbalas dari printer ketika arahan 'print' diberi. Keduanya, SS001 tidak mampu memberikan kami analisa terperinci yang kami perlukan di samping 'interface' yang hitam putih (disebabkan versi DOS). Proses 'buka-tutup' rasanya beratus kali kami buat semata-mata untuk menyemak dan mengatur semula kedudukan guru dan kelas. Pengurusan kelas yang menggunakan pakej dan lebih rencam menyukarkan tugas kami. Jumlah guru pula mencecahkan 70 orang.
Pada tahun 2004, di bawah pentadbiran Pn. Hjh Syam selaku pengetua telah meminta unit kami mencari alternatif untuk menggantikan perisian 'zaman perang' ini. Pencarian kami membawa kami kepada WINJAWS yang dikeluarkan oleh DMH Software.
Wow! Mudahnya... itulah pendapat kami. Winjaws menggunakan mana-mana platform Windows sama ada 98,XP termasuklah Windows Vista (telah diuji oleh unit kami). Arahan dan antara mukanya (interface) mudah untuk dikendalikan. Analisa terperinci dapat kami adakan dan jadual dapat disiapkan dengan kadar yang lebih pantas. Apa yang lebih menyenangkan kami, cetaklah di mana-mana pencetak USB, pasti akan dicetak.
Sekiranya ingin maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan unit kami di 07-2221293 atau search di google: DMH Software, ok. Selamat mencuba!

Khamis, Disember 06, 2007

Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2007


Peranan Sains dan Teknologi serta perkembangan Teknologi Maklumat dalam membentuk pembangunan sesebuah negara tidak dapat dinafikan. Malaysia juga tidak terkecuali. Bagi mencapai hasrat Wawasan 2020 yang menginginkan kemajuan negara dicapai dengan “acuan diri sendiri”, maka penganjuran program-program kesedaran dan penerapan nilai merupakan satu usaha kritikal yang perlu diberi perhatian.

Menyedari hakikat ini, Unit Sains Teknologi Dan ICT Negeri johor mengambil inisiatif untuk menganjurkan Minggu Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor bagi tahun 2007
( MISTI JOHOR 2007 ) yang bertemakan
“ Segalanya Di Dalam Kehidupan Anda ”

MISTI JOHOR 2007 merupakan kemuncak terhadap pelbagai program penggalakkan Sains, Teknologi dan ICT yang telah diadakan sepanjang tahun di Negeri Johor. SMK Aminuddin Baki tidak terkecuali dengan menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang minggu tersebut. Para pelajar dengan dibantu oleh tiga orang guru, Cik Wan Ezielia, Cik Noorilyana dan Pn. Siti Zaleha telah ke Pusat Konvensyen, Persada Johor pada 20-Julai-2007 hingga 25-Julai-2007

Kali terakhir MISTI JOHOR seumpamanya telah dianjurkan pada Disember 2005 dengan bertemakan
“ Budaya Inovasi Dan ICT Dalam Kehidupan Masakini ”.

Melalui penganjuran MISTI JOHOR 2007 ini, diharap dapat mendedahkan kepada masyarakat Johor khususnya, mengenai perkembangan teknologi tinggi serta inovasi dalam bidang Sains, Teknologi dan ICT

Isnin, Disember 03, 2007

Cara set Wi-Fi - Prolink Wireless Router






Pemasangan Fizikal
1. Pasangkan plug elektrik ProLink Wireless Router (PLWR). Pastikan off.
2. Unplug kabel UTP dari CPU dan sambungkan ke port INTERNET di PLWR.
3. Ambil kabel UTP berwarna biru yang boleh didapati dalam kotak PLWR dan sambungkan:
Satu punca ke CPU dan satu punca lagi ke port 1 atau 2 atau
3 atau 4 di PLWR

4. On PLWR.
5. Tunggu pc initialize connection. Paparan berikut akan ditunjukkan.
Local Area Connection connected


Konfigurasi PLWR
1. Buka Internet Explorer.
2. Pada bahagian address taip:
192.168.1.254

3. Masukkan:
Username: admin
Password : (kosongkan)

4. Klik Ok.
5. Tunggu sehingga paparan keluar.
6. Klik turutan berikut:
7. Setup wizard
8. Time zone (biarkan)
9. Next
10. Lan Interface (biarkan)
11. Next
12. WAN Access Type – pastikan PPPoE
13. Next
Masukkan : username@streamyx
Password : akaun username


Konfigurasi Wireless
1. Channel Number : Auto
2. SSID : (Letakkan apa-apa nama. Cthnya : ali_net)
3. Encryption : biarkan(nak letak pun ok)
4. Klik Finish.
5. Tunggu. PLWR akan restart dengan sendirinya.

Semak status
1. Klik Status, Advanced, Wan Port.
2. Lihat status : PPPoE connected
3. Internet IP Address : ada nombor tertera. Bukannya nombor. 0.0.0.0.



SELESAI – WIRELESS SYSTEM READY

#Tips dari website ini boleh membantu:
http://compnetworking.about.com/od/homenetworking/ht/routerconfigure.htm

Ahad, Disember 02, 2007

Cermin kereta pecah dan laptop hilang!!


Sejak kebelakangan ini, jika kita berbual sesama sendiri, pasti ada antara rakan-rakan kita yang bercerita mengenai insiden di mana cermin kereta mereka dipecahkan ketika dalam perjalanan ke satu-satu tempat. Pada masa yang sama, laptop mereka yang diletakkan di tempat duduk hadapan atau belakang hilang. Salah seorang rakan kami yang pernah mengalami kejadian ini memberitahu, pada malam beliau membuat laporan polis, terdapat empat lagi laporan yang sama dibuat oleh individu yang berlainan. Ini membuktikan bahawa kes seperti ini kerap dan serius. Mungkin, pada pendapat kita pencuri itu dapat melihat dengan jelas ataupun samar2 laptop yang diletakkan di atas kerusi tersebut. Tetapi, kita semua tahu, majoriti cermin kenderaan hari ini dilapisi filem penapis haba yang gelap dan sukar untuk melihat item dalam kenderaan melainkan secara dekat. Fikirkan. Bagaimana pula laptop yang disimpan di bonet kereta. Tersembunyi... tapi masih tetap menjadi umpan pencuri yang berjaya mengesan dan memecah but kereta untuk mendapatkannya. Pelik.. tapi itu dulu.

Pencuri sekarang pintar. Gadget yang mereka miliki bukan setakat topi keledar atau alat membuka kereta berteknologi tinggi yang ada di pasaran sekarang, tapi juga pengesan frekuensi alat elektronik. Terdapat banyak pengesan alat elektronik di pasaran sekarang. Contohnya seperti mini spy bug.

Tujuan asal ciptaan ini baik, iaitu untuk mengesan kamera CCTV yang tersembunyi. Ketika ini, CCTV menjadi elemen berbahaya disebabkan oleh keupayaannya menyimpan rakaman. Bahkan telah pun ada kes yang dibawa ke mahkamah disebabkan CCTV ditempatkan di rumah seseorang untuk tujuan mengintai, bukan tujuan keselamatan. Oleh itu, mini spy bug ini amat berguna untuk semua individu yang berasa dirinya terancam dengan kehadiran CCTV.

Bagi si pencuri, lain pula kerjanya. Keupayaan mini spy bug ini boleh disalahgunakan untuk mengesan frekuensi alatan lain dalam jarak jauh. Ini termasuklah laptop dan handphone.
Lihat spesifikasi berikut:


Colour/Case TypeSilver ABS Plastic
Power Source(2) CR2032 Watch Batteries (Included)
Avg. Detect. Distance4-6 Metres Max (Depends on frequency and
strength of wireless device)
Detectable Wireless SystemsAll Wireless CCTV, RF Bugs and Cameras Operating
Between 30MHz and 3GHz!
DimensionsOnly 3.125 In. Long x 1.125 In. Wide x .562 In. High!
Slightly Larger Than A Stick Of Lipstick
Can Be Fit Almost Anywhere!
AntennaInternal
Operation TypeOne Switch Operation - No Adjustments Needed
WeightOnly 26g (Including Batteries!)

Besides Bugs, This Detector ALSO Notifies You About:

Device Type Frequency Range
Wifi / Bluetooth2.4GHz
Two Way Radios 500MHz to 1GHz
Portable Mp3 Players65 to 133 MHz
Laptops, PDAs 400MHz to 1.5GHz
Cellphones400, 800, 900, 1800, 1900MHz...
(Depending on geographic location)
Older FM Band Bugs (USA) 88 to 108MHz
Baby Monitor Bugs40 - 50MHz
Car Alarm Remotes400MHz
Range of Detector30MHz to 3GHz!

Mungkin inilah sebabnya banyak kejadian pecah kereta berlaku. Bukan setakat laptop, malahan handset pun tidak boleh ditinggalkan di dalam kenderaan kerana ini akan menjadi sasaran pencuri. Sama2lah kita fikirkan, ingat-mengingati antara satu sama lain dan berhati2 sepanjang masa, ok.


Cara mengelak komputer 'crash'



Selalunya komputer anda akan mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah apabila banyak aktiviti dijalankan padanya. Muat turun(download),melakukan installation dan uninstalling program selalu akan menyebabkan komputer menjadi lembab dan akhirnya, untuk masuk ke sistem operasi Windows terpaksa menunggu lebih 5 min. Semuanya ini berpunca dari registry Windows yang huru-hara dan tidak terurus. Kadangkala terdapat fail yang ditinggalkan yatim piatu (orphan) tanpa tuan. Ini terjadi bila sesuatu program atau perisian dikeluarkan dari Windows tapi proses tersebut tidak berlaku secara bersih dan ada fail yang tertinggal.

Akibatnya, komputer yang pada awalnya laju menjadi lembab dan yang paling teruk, 'hang and crash'! Konflik tercetus... Unit ict kami selalu berhadapan dengan masalah ini. Kebiasaannya laptop para guru. Maklumlah, guru-guru kita selalu terlibat dengan kursus dan mesyuarat sepanjang tahun. Penggunaan laptop secara aktif dan perkongsian perisian 'memberatkan' komputer. Cubalah selesaikan hal ini dengan memuat turun perisian Registry Booster (Microsoft Certified) dari url:

http://download.uniblue.com/adv/ds/rb/registryboosterpcwh6.exe

Wi-Fi - Perbandingan antara negara2



Terdapat
215,777 lokasi (hotspot) Wi-Fi di seluruh dunia. Lihat kedudukan Malaysia dan bandingkan dengan negara lain.



Negara/Wilayah:
AG Antigua and Barbuda (2)
AR Argentina (469)
AW Aruba (7)
AU Australia (2329)
AT Austria (1783)
AZ Azerbaijan (5)
BS Bahamas (22)
BH Bahrain (4)
BB Barbados (1)
BY Belarus (4)
BE Belgium (2329)
BZ Belize (1)
BM Bermuda (2)
BO Bolivia (2)
BA Bosnia And Herzegovina (2)
BW Botswana (1)
BR Brazil (1905)
BG Bulgaria (20)
KH Cambodia (14)
CM Cameroon (1)
CA Canada (2111)
KY Cayman Islands (2)
CL Chile (564)
CN China (593)
CO Colombia (66)
CR Costa Rica (55)
HR Croatia (84)
CY Cyprus (18)
CZ Czech Republic (315)
DK Denmark (949)
DO Dominican Republic (12)
EC Ecuador (29)
EG Egypt (157)
SV El Salvador (5)
EE Estonia (11)
FI Finland (520)
FR France (22799)
PF French Polynesia (4)
GA Gabon (2)
GM Gambia (1)
GE Georgia (4)
DE Germany (21236)
GH Ghana (16)
GI Gibraltar (2)
GR Greece (305)
GD Grenada (5)
GU Guam (3)
GT Guatemala (7)
GY Guyana (2)
HN Honduras (3)
HK Hong Kong (2645)
HU Hungary (391)
IS Iceland (5)
IN India (454)
ID Indonesia (85)
IR Iran (4)
IE Ireland (727)
IL Israel (184)
IT Italy (5128)
JM Jamaica (4)
JP Japan (8326)
JO Jordan (4)
KZ Kazakhstan (4)
KE Kenya (2)
KW Kuwait (154)
LA Lao People's Democratic Republic (1)
LV Latvia (223)
LB Lebanon (68)
LI Liechtenstein (4)
LT Lithuania (21)
LU Luxembourg (73)
MO Macao (72)
MK Macedonia (11)
MY Malaysia (1645)
MT Malta (41)
MQ Martinique (25)
MX Mexico (728)
MC Monaco (12)
MN Mongolia (1)
MA Morocco (11)
NA Namibia (1)
NP Nepal (3)
NL Netherlands (2773)
AN Netherlands Antilles (8)
NZ New Zealand (766)
NI Nicaragua (4)
NG Nigeria (31)
NO Norway (462)
OM Oman (1)
PK Pakistan (15)
PA Panama (29)
PE Peru (8)
PH Philippines (316)
PL Poland (459)
PT Portugal (1940)
QA Qatar (7)
RE Reunion (1)
RO Romania (240)
RU Russian Federation (297)
VC Saint Vincent and The Grenadines (3)
SA Saudi Arabia (40)
SN Senegal (1)
SL Sierra Leone (1)
SG Singapore (932)
SK Slovakia (93)
SI Slovenia (71)
ZA South Africa (395)
KR South Korea (15634)
ES Spain (5648)
LK Sri Lanka (3)
SZ Swaziland (1)
SE Sweden (2047)
CH Switzerland (2997)
TW Taiwan (4390)
TZ Tanzania (1)
TH Thailand (414)
TT Trinidad And Tobago (3)
TN Tunisia (2)
TR Turkey (455)
TC Turks And Caicos Islands (2)
UG Uganda (5)
UA Ukraine (25)
AE United Arab Emirates (32)
GB United Kingdom (30613)
US United States (64670)
UY Uruguay (4)
UZ Uzbekistan (1)
VU Vanuatu (2)
VE Venezuela (57)
VN Viet Nam (10)
VG Virgin Islands, British (2)
VI Virgin Islands, U.S. (19)
YU Yugoslavia (1)
ZM Zambia (1)

Sabtu, Disember 01, 2007

Scrap Computer Trading

TV3 pada siaran Majalah 3, 1 Dis 07 menyiarkan segmen kitar semula barangan komputer. Rupa-rupanya ada sebuah syarikat yang besar di Kota Kemuning, Shah Alam yang menjalankan perniagaan ini. Sangat mengkagumkan kerana syarikat ini turut mendapat permintaan tinggi terutamanya dari Indonesia. Tahniah dan semoga terus berjaya kepada Pengurusnya, En. Haddis. Gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya-
Klik untuk ke laman web syarikat ini- http://www.recycle.net.my/

Portable Antivirus - kecil tapi berkesan



Baru-baru ini, kami di unit ict dihubungi oleh sebuah sekolah berhampiran bertanyakan perisian yang boleh mengatasi virus MyHeart. Kebetulan, komputer guru di sekolah kami juga dijangkiti virus yang sama. Bila pemeriksaan dijalankan pada komputer guru, antivirus Kaspersky yang ada rupanya telah habis tempoh. Ini menyebabkan virus dapat masuk dengan mudah. Bila virus telah bermaharajalela, perisian antivirus tidak lagi berguna. Secara kebetulan, perisian Hiren yang selalu digunakan untuk booting di luar Windows tiada dalam simpanan. Oleh itu, alternatif terbaik ialah dengan memuat turun PAV. Dibangunkan oleh Data0.net untuk nyah virus secara pantas dan ringkas. Antivirus ini didapati berkesan untuk virus MyHeart dan win32Ravmon.exe . Klik url ini untuk download http://www.data0.net/download/pavsetup.exe

Saiznya?? 1.58 MB (1,659,838 bytes) = 1 1/4 disket.
Tempoh download : <>

Hiren's BootCD 9.2

Hiren's Boot CD - Pertama kali kami di unit ict diperkenalkan dengan perisian ini ialah melalui rakan ict kami, En. Tan Kiong Beng semasa berkursus. Cara penggunaannya telah didedahkan secara terperinci oleh beliau. Malahan beliau turut membuat penambahbaikan. Terima kasih En. Tan.

Boot CD ini mengandungi pelbagai program diagnostik dan bantuan seperti partitioning agents, system performance benchmarks, disk cloning and imaging tools, data recovery tools, MBR tools, BIOS tools, dan banyak lagi perisian yang dapat membantu membaiki masalah komputer. Ini termasuklah mengesan virus, spyware dan malware dari DOS (disk operating system) iaitu luar kawasan Windows. Ini membolehkan masalah pengguna yang mengalami kesukaran untuk masuk ke Windows dapat diatasi.
Caranya mudah:
1. Pindahkan (burn) kesemua fail yang telah di muat turun (rujuk sidebar- muaturun) dalam CD kosong untuk boot menggunakan CD berkenaan.
2. Restart komputer.
3. Tekan F5 (ikut konfigurasi laptop atau desktop masing2) atau delete untuk masuk ke BIOS. Ubah setting first boot device ke CDROM.
4. Pilih arahan yang tertera mengikut keperluan masing2.


Di antara perisian yang terdapat di dalamnya:
+Recuva 1.02.095
+JkDefrag 3.16
+S&M Stress Test 1.9.0
+Process Explorer 10.06
+Express Burn 2.02
Active Kill Disk 4.1
Samsung Hutil 2.04
SPecial Fdisk 2000.03t
TestDisk 6.8b
PhotoRec 6.8b
HDAT2 4.5.3
System Analyser 5.3r
Astra 5.33
NTFS4DOS 1.9
MpxPlay 1.55 final
Universal TCP/IP Network 6.01
Gcdrom 2.4
Unstoppable Copier 3.12
Silent Runners Revision 51
Autoruns 8.71
CPU-Z 1.40.5
CCleaner 1.41.544
ShellExView 1.16
McAfee Antivirus 4.4.50 (2907)
SpywareBlaster 3.5.1 (2907)
Ad-Aware SE Personal 1.06 (2907)
F-Prot Antivirus 3.16f (2907)
PCI and AGP info Tool (2907)

Baru! MIMOS - Makcik PC

Image

Produk MIMOS' MAK-CIK PC ini baru dilancarkan di Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Nov 2007.

Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit. Penghasilannya bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat khususnya luar bandar.

Ketika ini, MIMOS juga sedang berusaha untuk menghasilkan komputer Cyber Tablet untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Penggunaannya akan lebih tertumpu ke sekolah bestari untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.



Komen terkini