Ahad, Disember 02, 2007

Cara mengelak komputer 'crash'



Selalunya komputer anda akan mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah apabila banyak aktiviti dijalankan padanya. Muat turun(download),melakukan installation dan uninstalling program selalu akan menyebabkan komputer menjadi lembab dan akhirnya, untuk masuk ke sistem operasi Windows terpaksa menunggu lebih 5 min. Semuanya ini berpunca dari registry Windows yang huru-hara dan tidak terurus. Kadangkala terdapat fail yang ditinggalkan yatim piatu (orphan) tanpa tuan. Ini terjadi bila sesuatu program atau perisian dikeluarkan dari Windows tapi proses tersebut tidak berlaku secara bersih dan ada fail yang tertinggal.

Akibatnya, komputer yang pada awalnya laju menjadi lembab dan yang paling teruk, 'hang and crash'! Konflik tercetus... Unit ict kami selalu berhadapan dengan masalah ini. Kebiasaannya laptop para guru. Maklumlah, guru-guru kita selalu terlibat dengan kursus dan mesyuarat sepanjang tahun. Penggunaan laptop secara aktif dan perkongsian perisian 'memberatkan' komputer. Cubalah selesaikan hal ini dengan memuat turun perisian Registry Booster (Microsoft Certified) dari url:

http://download.uniblue.com/adv/ds/rb/registryboosterpcwh6.exe

Tiada ulasan:

Komen terkini