Ahad, Mac 30, 2008

Bandingkan prestasi processor (CPU)



















Saya pasti ramai antara pengguna yang berkeinginan untuk membeli komputer atau melakukan upgrading menepati 'budget' sendiri. Namun, limpahan processor dengan pelbagai nama seperti 'Core 2 Duo', 'Dual Core','Core 2 Quad' pasti memeningkan kepala.


Ini sebenarnya merupakan strategi pihak pengeluar untuk memancing pasaran. Melalui pelbagai nama yang hampir sama, pihak pengeluar sudah pun berjaya 'mengelirukan' pembeli komputer yang ilmu komputernya 'separuh masak'.

Keperluan memiliki komputer pada ketika ini amat mendesak. Sehingga ramai pengguna yang membuat keputusan pembelian 'last minute'. Hasilnya, pembeli seperti merasa tertipu dengan apa yang mereka perolehi apabila dibandingkan dengan prestasi komputer rakan masing2. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengguna perlu pastikan yang mereka tahu apa yang mereka beli terutama sekali yang melibatkan processor, nadi utama sesebuah komputer. Lihat penarafan yang telah dibuat ini. Semak dan kaji kedudukan prestasi komputer anda dengan dimulai dari atas bagi yang terbaik hinggalah ke bawah untuk prestasi processor yang paling lemah. Saya berharap ini dapat membantu pengguna meminimakan kesilapan semasa pembelian, ok.


































Rabu, Mac 26, 2008

Universal Serial Bus 3.0 (USB 3.0)











Pada forum yang telah diadakan oleh pihak Intel baru-baru ini, pihak Intel ada mengumumkan mengenai pelancaran produk terbarunya yang dijangka berada di pasaran pada segmen pertama 2008. USB 3.0 yang juga dikenali dengan “superspeed personal USB interconnect” ini memiliki 10 kali kepantasan teknologi USB generasi sekarang iaitu USB 2.0.

USB 3.0 Promoter Group yang terdiri dari syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Intel, HP, NEC Corporation, NXP Semiconductors, Microsoft, dan Texas Instruments telah mencapai kesepakatan dalam membentuk piawaian standard bagi USB 3.0 ini.

Ketika ini USB 2.0 membekalkan kepantasan penghantaran data pada kadar 480 megabits per second. Ini menyakinkan kita bahawa USB 3.0 ini mampu mencapai kelajuan penghantaran 4.8 gigabits per second.

Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu risau tentang penggunaan USB 2.0 kerana walaupun rupanya yang hampir sama tetapi terdapat perubahan yang signifikan pada baris connector 3.0. Langkah-langkah 'backward compatibility' atau keserasian penggunaan telah diambil oleh pembangun usb yang baru ini untuk memastikan mereka tidak menyebabkan pengguna 'menderita'. Pengguna usb 2.0 masih boleh bernafas lega...

Jumaat, Mac 07, 2008

Bagaimana menggunakan MSCONFIG dalam Windows XP

Salah satu kelemahan pengguna Windows XP amatur ialah mengatasi masalah komputer yang lembab semasa start-up dan loading masuk ke Windows.Sekiranya komputer itu baru dibeli, ini tidak akan menjadi masalah kerana sistem pengoperasian yang masih baru dan belum terjejas.

Tetapi setelah pengguna 'berurusan' agak lama dengan Windows, melakukan banyak instalasi program dan melayari internet, masalah ini mula 'mencengkam jiwa' pengguna. Komputer Core 2 Duo yang dibanggakan sudah mula menunjukkan prestasi seperti komputer lama. Loading masuk ke Windows XP sahaja mengambil masa lebih 5 minit. Pada ketika ini, pengguna akan menyangka komputer mereka diserang virus (walaupun kemungkinan itu ada). Langkah pertama yang sepatutnya diambil ialah cuba 'menyelongkar' MSCONFIG Windows XP terlebih dahulu. Instalasi pelbagai perisian seperti aplikasi, utiliti dan games yang dilakukan oleh anak anda boleh menjadi penyebab.

Selain itu, kemungkinan spyware menyelinap masuk ke kawasan ini amat tinggi dan menyebabkan akses internet menjadi lembab.

Di bahagian bawah artikel ini, saya paparkan langkah-langkah penyelesaiannya. Apa yang pengguna harus lakukan ialah 'uncheck' bahagian yang tidak perlu pada startup, kemudian restart system. Insya-Allah masalah yang dihadapi sebelum ini akan selesai.

RAM... gosok dengan pemadam?



Masalah kerosakan komputer sudah menjadi kebiasaan bagi guru-guru ICT. Apatah lagi berurusan dengan dua hingga tiga makmal komputer yang berkapasiti 20 buah pc setiap satu. Biasanya, masalah yang ditemui bukanlah 'kronik' sehingga memerlukan penggantian hardware yang sudah pasti melibatkan kos yang tinggi.

Contoh terbaik ialah ralat 'beeepp.......beeeppp.......beeeepppp' yang kedengaran apabila suis komputer dihidupkan. Perkara pertama yang perlu dirujuk ketika berhadapan dengan situasi ini ialah slot RAM. Buat mereka yang baru sahaja mengenali komputer, RAM ini terletak di dalam Central Processing Unit (CPU) dan diselitkan di slot berwarna hitam.

RAM adalah singkatan kepada “Random Access Memory”, bermaksud memori capaian rawak. RAM menyediakan ruang kepada komputer untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU komputer. Apabila seseorang merujuk kepada memori kepada sesuatu komputer, ia kebiasaannya memberi maksud kepada RAM.

Biasanya, komputer yang baru dibekalkan RAM yang mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 256 Mb, dan ini boleh dinaiktarafkan kepada 512 Mb atau 1 G (1000 Mb) atau lebih.
Sekiranya anda menambah lebih banyak RAM kepada komputer, ini akan mengurangkan kekerapan CPU anda membaca data daripada hard disk anda.

Bunyi yang dihasilkan tadi menunjukkan RAM tersebut bermasalah. Kebiasaannya, sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, keluarkan RAM dan plat berwarna gold itu akan digosok menggunakan pemadam biasa (pemadam pensel). Lakukan dikedua-dua belah bahagian plat itu. Kemudian, pasangkan semula di tempatnya. Berdasarkan pengalaman saya dan guru-guru ICT yang lain, 9/10 daripada ujian yang dilakukan berjaya. Cubalah. Cuma yang saya musykil dan ingin tahu ialah kenapa digosok dengan pemadam? Apa kesannya pada permukaan plat itu sehingga menyebabkan ia boleh dibaca semula?


Komen terkini