Jumaat, Mac 07, 2008

RAM... gosok dengan pemadam?



Masalah kerosakan komputer sudah menjadi kebiasaan bagi guru-guru ICT. Apatah lagi berurusan dengan dua hingga tiga makmal komputer yang berkapasiti 20 buah pc setiap satu. Biasanya, masalah yang ditemui bukanlah 'kronik' sehingga memerlukan penggantian hardware yang sudah pasti melibatkan kos yang tinggi.

Contoh terbaik ialah ralat 'beeepp.......beeeppp.......beeeepppp' yang kedengaran apabila suis komputer dihidupkan. Perkara pertama yang perlu dirujuk ketika berhadapan dengan situasi ini ialah slot RAM. Buat mereka yang baru sahaja mengenali komputer, RAM ini terletak di dalam Central Processing Unit (CPU) dan diselitkan di slot berwarna hitam.

RAM adalah singkatan kepada “Random Access Memory”, bermaksud memori capaian rawak. RAM menyediakan ruang kepada komputer untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU komputer. Apabila seseorang merujuk kepada memori kepada sesuatu komputer, ia kebiasaannya memberi maksud kepada RAM.

Biasanya, komputer yang baru dibekalkan RAM yang mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 256 Mb, dan ini boleh dinaiktarafkan kepada 512 Mb atau 1 G (1000 Mb) atau lebih.
Sekiranya anda menambah lebih banyak RAM kepada komputer, ini akan mengurangkan kekerapan CPU anda membaca data daripada hard disk anda.

Bunyi yang dihasilkan tadi menunjukkan RAM tersebut bermasalah. Kebiasaannya, sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, keluarkan RAM dan plat berwarna gold itu akan digosok menggunakan pemadam biasa (pemadam pensel). Lakukan dikedua-dua belah bahagian plat itu. Kemudian, pasangkan semula di tempatnya. Berdasarkan pengalaman saya dan guru-guru ICT yang lain, 9/10 daripada ujian yang dilakukan berjaya. Cubalah. Cuma yang saya musykil dan ingin tahu ialah kenapa digosok dengan pemadam? Apa kesannya pada permukaan plat itu sehingga menyebabkan ia boleh dibaca semula?


1 ulasan:

TMUkmkd berkata...

perkara yang biasa.
dinamakan didalam ilmu sains
pengoksidaan
jika tembaga bertukar daripada merah/oren kepada hijau
lapisan konduktor di ram juga begitu
mengapa pemadam? nak guna pisau pun boleh.. tapi pisau tu boleh mengikis terlalu dalam. oleh itu pemadam adalah solution paling baik kerana lembut.

salam kenal :)

Komen terkini