Memaparkan catatan dengan label laptop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laptop. Papar semua catatan

Ahad, Januari 20, 2008

Laptop mampu milik; Acer Aspire 4520






Acer memang dikenali ramai di Malaysia sebagai pengeluar laptop yang mampu milik terutama oleh golongan berpendapatan sederhana. Sepanjang 6 bulan ini, Acer telah mempromosikan Acer Aspire mereka dengan kapasiti yang berbeza.


Saya amat tertarik dengan Aspire 4520 ini yang menggunakan pemproses AMD Turion 64 X2 Mobile Technology TK-53.

Bagi 'orang lama' ICT, AMD bukanlah nama baru dalam penghasilan pemproses (processor).
Namun di Malaysia, AMD tidak begitu terkenal. Mungkin disebabkan oleh promosi yang dijalankan oleh pihak Intel.

Intel dibangunkan pada tahun 1968 oleh Gordon E. Moore (pakar kimia dan fizik) dan Robert Noyce (ahli fizik dan salah seorang pencipta litar bersepadu atau integrated circuit). Intel Corporation yang berpusat di Santa Clara, California membangunkan Intel 4004; unit pemproses pertama berukuran 4-bit (CPU) yang dibangunkan pada tahun 1971. AMD pula merupakan pembekal kedua terbesar di dunia unit pemproses berasaskan teknologi x86 dan pembekal ketiga terbesar di dunia bagi kad grafik dan GPUs, selepas mengambil alih ATI tahun 2006.

Apa yang jelas, persaingan antara kedua pihak amat sengit. Walaupun ada di antara processor yang dihasilkan oleh kedua-dua pihak kadangkala kurang berkualiti, tapi promosi yang hebat berjaya meletakkan Intel di hadapan dalam persaingan merebut peluang pasaran di Malaysia.

Berbalik tentang Acer Aspire ini, kualiti penghasilan laptop ini amat memuaskan. Dari rekabentuk luaran hinggalah spesifikasi dalaman, semuanya memuaskan. Kapasiti dan keupayaan pemproses Turion berada di tengah2 jika dilihat melalui benchmark. (Rujuk artikel kami sebelum ini). Unit ICT kami pernah mendapat sebuah Acer TravelMate pada tahun 2003. Dari kemasukan data guru dan pelajar hinggalah ke penghasilan bahan multimedia menggunakan Sony Vegas dan Movie Maker. Semuanya ok. Penggunaanya maksimum dan sudah pastilah ia akan bertukar tangan berulang kali. Namun sehingga ke hari ini, sistem dalamannya tidak pernah memberikan masalah, walaupun luarannya sudah agak 'uzur'.

Ketika ini saya menggunakan Acer Aspire 4520 1.8GHz yang dibeli semasa PC Fair akhir tahun lalu. Isteri saya tersenyum kerana dengan laptop yang mempunyai banyak kemudahan ini seperti CIR dan Card Reader, ditambah pula dengan Webcam dan CD/DVDRW; pada harga RM1999. Free gift?? 1Gb RAM, usb hub, optical mouse, DVDR, lock.... Woww!!! amat berbaloi. Pada taklimat ICT yang dijalankan di sekolah sebelum sesi persekolahan tamat, ramai yang berminat. Sehingga saat catatan ini ditulis, hampir 20 orang guru telah pun membelinya. Melalui respon, sistem ini tidak langsung bermasalah. Syabas Acer! Di bawah ini saya perturunkan spesifikasi Aspire 4520. (Sehingga hari ini promosi masih berlangsung dengan processor 2.0GHz!)

Acer Aspire 4520
AC power cable and adaptor
Windows Vista Driver CD
Manual

Spesifikasi
AMD Turion 64 X2 Mobile Technology TK-53 1.70 GHz 256 KB L2 cache
Linux
1GB DDR2 667 MHz RAM
Nvidia GeForce 7000M (256 MB of system memory)
Nvidia nForce 610M (MCP67-MV)

Storage
160GB SATA HDD (5,400 rpm)
8x Super Multi Dual Layer DVD Writer

I/O Devices
14.1" WXGA Acer CrystalBrite TFT LCD (1280x800-pixel resolution)
Standard keyboard with 88 keys
Touchpad pointing device with 4-way scroll button and 2 buttons

Communication
Modem: 56K Internal Modem
10/100 Gigabyte Ethernet LAN
802.11 b/g WLAN
Integrated Bluetooth 2.0+EDR Wireless Personal Area Network (WPAN)

I/O Ports
4 x USB 2.0 Ports
Card Reader 4 in 1 (SD, MMC, MS, MS Pro)
1 VGA Port
S-Video TV out Port
Express Card Slot
IEEE 1394 Port mini

Audio System
Realtek High Definition Audio
Built-in speaker and microphone
Microphone-in jack
Headphone-out jack (S/PDIF)
Line-in jack

Power Specifications
Battery: 44.4W 4,000 mAh 6-cell Li-ion battery pack
Backup Time: 2.5-hour battery life

Dimensions
Size: 342 (W) x 247 (D) x 35/38 (H) mm
Weight: 2.48 kg (5.48 lbs.)

Pelancaran MACBOOK AIR








Apple telah melancarkan komputer generasi terkini mereka baru-baru ini, MACBOOK AIR. Elegan dan bergaya. Itulah yang boleh dikatakan mengenai produk terbaru ini yang dilancarkan pada satu majlis di San Francisco. Nipis sehingga mencecah 0.76 inches (1.93cm). Tapi jangan terkejut jika anda tidak menemui pemacu cakera padat CD/DVDRW seperti biasa yang terdapat pada komputer lain. Ini adalah kerana pihak pengurusan Apple mahukan MACBOOK AIR menjadi satu platform berteknologi wireless sepenuhnya. Nampak gaya, terpaksalah pembeli mengeluarkan sedikit lagi bajet untuk mendapatkan pemacu luaran 'external CD/DVDRW'.

Laptop ini kini menjadi pesaing terkuat di samping pengeluar laptop lain di dunia seperti Asus, Dell, Acer dan Sony yang sering mengeluarkan rekabentuk laptop yang ringan dan nipis. Menggunakan pemproses Intel Core 2Duo, ia dijual pada harga $1,799 dengan kapasiti 80GB hard disk atau 64 Gigabyte solid state dengan tambahan $999. Ok? Check bajet, kalau cukup boleh teruskan...

Ahad, Disember 02, 2007

Cermin kereta pecah dan laptop hilang!!


Sejak kebelakangan ini, jika kita berbual sesama sendiri, pasti ada antara rakan-rakan kita yang bercerita mengenai insiden di mana cermin kereta mereka dipecahkan ketika dalam perjalanan ke satu-satu tempat. Pada masa yang sama, laptop mereka yang diletakkan di tempat duduk hadapan atau belakang hilang. Salah seorang rakan kami yang pernah mengalami kejadian ini memberitahu, pada malam beliau membuat laporan polis, terdapat empat lagi laporan yang sama dibuat oleh individu yang berlainan. Ini membuktikan bahawa kes seperti ini kerap dan serius. Mungkin, pada pendapat kita pencuri itu dapat melihat dengan jelas ataupun samar2 laptop yang diletakkan di atas kerusi tersebut. Tetapi, kita semua tahu, majoriti cermin kenderaan hari ini dilapisi filem penapis haba yang gelap dan sukar untuk melihat item dalam kenderaan melainkan secara dekat. Fikirkan. Bagaimana pula laptop yang disimpan di bonet kereta. Tersembunyi... tapi masih tetap menjadi umpan pencuri yang berjaya mengesan dan memecah but kereta untuk mendapatkannya. Pelik.. tapi itu dulu.

Pencuri sekarang pintar. Gadget yang mereka miliki bukan setakat topi keledar atau alat membuka kereta berteknologi tinggi yang ada di pasaran sekarang, tapi juga pengesan frekuensi alat elektronik. Terdapat banyak pengesan alat elektronik di pasaran sekarang. Contohnya seperti mini spy bug.

Tujuan asal ciptaan ini baik, iaitu untuk mengesan kamera CCTV yang tersembunyi. Ketika ini, CCTV menjadi elemen berbahaya disebabkan oleh keupayaannya menyimpan rakaman. Bahkan telah pun ada kes yang dibawa ke mahkamah disebabkan CCTV ditempatkan di rumah seseorang untuk tujuan mengintai, bukan tujuan keselamatan. Oleh itu, mini spy bug ini amat berguna untuk semua individu yang berasa dirinya terancam dengan kehadiran CCTV.

Bagi si pencuri, lain pula kerjanya. Keupayaan mini spy bug ini boleh disalahgunakan untuk mengesan frekuensi alatan lain dalam jarak jauh. Ini termasuklah laptop dan handphone.
Lihat spesifikasi berikut:


Colour/Case TypeSilver ABS Plastic
Power Source(2) CR2032 Watch Batteries (Included)
Avg. Detect. Distance4-6 Metres Max (Depends on frequency and
strength of wireless device)
Detectable Wireless SystemsAll Wireless CCTV, RF Bugs and Cameras Operating
Between 30MHz and 3GHz!
DimensionsOnly 3.125 In. Long x 1.125 In. Wide x .562 In. High!
Slightly Larger Than A Stick Of Lipstick
Can Be Fit Almost Anywhere!
AntennaInternal
Operation TypeOne Switch Operation - No Adjustments Needed
WeightOnly 26g (Including Batteries!)

Besides Bugs, This Detector ALSO Notifies You About:

Device Type Frequency Range
Wifi / Bluetooth2.4GHz
Two Way Radios 500MHz to 1GHz
Portable Mp3 Players65 to 133 MHz
Laptops, PDAs 400MHz to 1.5GHz
Cellphones400, 800, 900, 1800, 1900MHz...
(Depending on geographic location)
Older FM Band Bugs (USA) 88 to 108MHz
Baby Monitor Bugs40 - 50MHz
Car Alarm Remotes400MHz
Range of Detector30MHz to 3GHz!

Mungkin inilah sebabnya banyak kejadian pecah kereta berlaku. Bukan setakat laptop, malahan handset pun tidak boleh ditinggalkan di dalam kenderaan kerana ini akan menjadi sasaran pencuri. Sama2lah kita fikirkan, ingat-mengingati antara satu sama lain dan berhati2 sepanjang masa, ok.


Sabtu, Disember 01, 2007

Baru! MIMOS - Makcik PC

Image

Produk MIMOS' MAK-CIK PC ini baru dilancarkan di Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Nov 2007.

Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit. Penghasilannya bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat khususnya luar bandar.

Ketika ini, MIMOS juga sedang berusaha untuk menghasilkan komputer Cyber Tablet untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Penggunaannya akan lebih tertumpu ke sekolah bestari untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.



Komen terkini