Sabtu, Disember 01, 2007

Baru! MIMOS - Makcik PC

Image

Produk MIMOS' MAK-CIK PC ini baru dilancarkan di Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Nov 2007.

Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit. Penghasilannya bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat khususnya luar bandar.

Ketika ini, MIMOS juga sedang berusaha untuk menghasilkan komputer Cyber Tablet untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Penggunaannya akan lebih tertumpu ke sekolah bestari untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.



Tiada ulasan:

Komen terkini