Jumaat, November 30, 2007

Spam (Mesej Remeh)

Untuk organisasi dan staf, kebanyakan komunikasi pengurusan dan perkhidmatan mengambil tempat melalui sistem e-mel untuk mesej dan bertukar-tukar dokumen (lampiran). Oleh itu, penting bagi setiap staf untuk peka terhadap ancaman pada sistem e-mel dan mereka tahu bagaimana mengendalikan, terutamanya daripada sumber yang tidak dipercayai. E-mel remeh diterima kebanyakan orang setiap hari dan maklumat dalam menguruskannya adalah penting bagi semua staf.

Video memaparkan maklumat mengenai spam. Pastikan anda mempunyai Flash Player terkini, ok.

Mengendalikan Malware

Virus komputer adalah program perisian yang sengaja dihasilkan untuk mengganggu operasi komputer, merekod, merosakkan atau memadam data, atau menyebarkan dirinya ke komputer lain dalam organisasi dan rangkaiannya, biasanya menyebabkan gangguan kerja dan memberi kesan kepada produktiviti kerja anda. Virus komputer terdapat dari yang sedikit mengganggu hinggalah yang merosakkan dengan teruk, dan terdapat dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Berita baiknya, dengan sedikit pencegahan dan pengetahuan, anda mungkin tidak akan menjadi mangsa virus dan anda boleh mengurangkan impaknya.
Berikut adalah tip untuk membantu mengelak penyebaran virus:

1. Gunakan mekanisme atau sistem kemas kini yang boleh mengemas kini semua komputer dalam rangkaian secara automatik semasa kemas kinian baru ada disediakan.

2. Tetapkan OS komputer dan aplikasi keselamatan (anti-virus, anti-spyware, firewall) untuk mengemas kini secara automatik.

3. Jika komputer dijangkiti, asingkan komputer yang dijangkiti itu daripada rangkaian.

4. Jika kod berbahaya mempergunakan satu atau lebih perkhidmatan rangkaian, sekat akses ke perkhidmatan itu sehingga ia diperbetulkan.

5. Gunakan firewall bagi Internet.

6. Jangan sekali-kali buka lampiran e-mel daripada orang yang tidak dikenali.

7. Elakkan membuka lampiran e-mel daripada orang yang anda kenali, kecuali kalau anda tahu apa sebenarnya lampiran tersebut. Pengirimnya mungkin tidak menyedari bahawa ia mengandungi virus.

8. Pastikan pelayan rangkaian anda dikemas kini yang menghos perkhidmatan umum, cth. perkhidmatan HTTP, FTP dan E-mel.

9. Pelayan e-mel perlu menetapkan untuk menyekat atau membuang e-mel dengan lampiran yang digunakan untuk menyebar virus, cth. fail .VBS, .BAT, .PIF, .SCR, .EXE.

Akses Wayarles



Akses Internet wayarles boleh memberikan anda kemudahan dan kegerakan. Tetapi terdapat langkah yang anda perlu ambil untuk melindungi rangkaian wayarles anda dan komputer yang ada padanya.

Berikut adalah beberapa tip untuk akses wayarles yang selamat:

1. Gunakan penyulitan untuk mencampuradukkan komunikasi menerusi rangkaian. Jika anda ada pilihan, gunakan penyulitan Akses Terlindung Wi-Fi (WPA) kerana ia lebih kuat daripada penyulitan Privasi Kesamaan Terwayar (WEP).

2. Gunakan perisian anti-virus dan anti-spyware, dan firewall.

3. Kebanyakan router wayarles mempunyai mekanisme yang dinamakan penyiaran pengenalan. Matikannya supaya komputer anda tidak akan menghantar isyarat ke sebarang peranti di sekitarnya untuk mengumumkan kehadirannya.

4. Tukar pengenalan pada router anda daripada lalai supaya penggodam tidak boleh menggunakan pengenalan lalai bagi pengilang untuk cuba mengakses rangkaian anda.

5. Tukar kata laluan pratetap pada router anda bagi pentadbiran kepada sesuatu yang anda sahaja tahu. Lebih panjang kata laluannya, lebih susah untuk dibuka.

6. Benarkan hanya komputer yang tertentu untuk mengakses rangkaian wayarles anda.

7. Matikan rangkaian wayarles anda apabila anda pasti tidak akan menggunakannya.

8. Jangan menganggap "hot spot" awam adalah selamat. Anda mungkin mahu menganggap orang lain dapat mengakses sebarang maklumat yang anda lihat atau hantar ke rangkaian wayarles awam.

Komen terkini