Jumaat, November 30, 2007

Mengendalikan Malware

Virus komputer adalah program perisian yang sengaja dihasilkan untuk mengganggu operasi komputer, merekod, merosakkan atau memadam data, atau menyebarkan dirinya ke komputer lain dalam organisasi dan rangkaiannya, biasanya menyebabkan gangguan kerja dan memberi kesan kepada produktiviti kerja anda. Virus komputer terdapat dari yang sedikit mengganggu hinggalah yang merosakkan dengan teruk, dan terdapat dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Berita baiknya, dengan sedikit pencegahan dan pengetahuan, anda mungkin tidak akan menjadi mangsa virus dan anda boleh mengurangkan impaknya.
Berikut adalah tip untuk membantu mengelak penyebaran virus:

1. Gunakan mekanisme atau sistem kemas kini yang boleh mengemas kini semua komputer dalam rangkaian secara automatik semasa kemas kinian baru ada disediakan.

2. Tetapkan OS komputer dan aplikasi keselamatan (anti-virus, anti-spyware, firewall) untuk mengemas kini secara automatik.

3. Jika komputer dijangkiti, asingkan komputer yang dijangkiti itu daripada rangkaian.

4. Jika kod berbahaya mempergunakan satu atau lebih perkhidmatan rangkaian, sekat akses ke perkhidmatan itu sehingga ia diperbetulkan.

5. Gunakan firewall bagi Internet.

6. Jangan sekali-kali buka lampiran e-mel daripada orang yang tidak dikenali.

7. Elakkan membuka lampiran e-mel daripada orang yang anda kenali, kecuali kalau anda tahu apa sebenarnya lampiran tersebut. Pengirimnya mungkin tidak menyedari bahawa ia mengandungi virus.

8. Pastikan pelayan rangkaian anda dikemas kini yang menghos perkhidmatan umum, cth. perkhidmatan HTTP, FTP dan E-mel.

9. Pelayan e-mel perlu menetapkan untuk menyekat atau membuang e-mel dengan lampiran yang digunakan untuk menyebar virus, cth. fail .VBS, .BAT, .PIF, .SCR, .EXE.

Tiada ulasan:

Komen terkini