Jumaat, Februari 15, 2008

Windows Vista


Vista, yang sebelum ini dikenali dengan kod 'Longhorn', telah dilancarkan oleh Microsoft pada 30 November 2006. Ketika itu, ianya hanya untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Bill Gates, pengasas Microsoft kemudiannya mengadakan pelancaran besar-besaran Windows Vista dan Microsoft Office 2007 di Times Square pada 29 Januari 2007.

Terdapat 9 versi berlainan Vista dibawah dua kategori utama iaitu Home Edition and Business Edition.

Perubahan ketara Vista yang boleh kita lihat berbanding Windows ialah antaramuka pengguna (user interface) yang digelar 'AERO' (Authentic,Energetic, Reflective, Open).

Pada awal bulan Jun 2006, Microsoft ada menawarkan versi beta kepada pengguna untuk dimuat turun dan digunakan. Ini bagi memberikan peluang kepada pihak Microsoft mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perisianVista ini sebelum dilancarkan sepenuhnya. Menurut Bill Gates, lebih 5 juta pengguna telah memuat turun dan menggunakan Vista versi beta ini!
Berbanding dengan Windows XP, Windows Vista dibangunkan oleh Microsoft sebagai platform sistem pengoperasian (OS) versi paling selamat. Ciri keselamatan Vista ini mampu memberikan keyakinan kepada pengguna di samping memberikan kawalan yang efektif terhadap pergerakan keluar masuk fail, peranti sisipan dan semasa beroperasi online. Beberapa ciri keselamatan dirangkumkan bersama ke dalam Vista untuk memastikan penggunaan yang selamat sama ada ketika di atas desktop atau secara online.

Di antara ciri sistem keselamatan yang dimajukan ialah:
1. PC dilindungi daripada sebarang ancaman virus, cecacing, perisian pengintip atau lain-lain perisian yang tidak diingini.

2. Melayari laman web secara lebih selamat untuk anda dan keluarga terutamanya anak-anak yang mudah terdedah dengan pelbagai gejala kurang sihat.

3. Vista juga memahami apabila PC berada dalam keadaan kurang selamat ia akan mengawal dan menyediakan panduan untuk membantu pengguna memperbaiki ciri keselamatannya. Kawalan Akaun Pengguna (User Account) dalam Vista memperbaiki ciri keselamatan PC dengan memberi keupayaan untuk membuat keputusan sekiranya terdapat perisian berbahaya sama ada ia dibenarkan atau tidak membuat perubahan ke atas sebarang pelarasan PC.

Ia bekerjasama dengan Windows Defender dan Internet Explorer bagi mengurangkan kesan terhadap serangan virus, perisian pengintip (spyware) atau lain-lain ancaman berkaitan keselamatan PC. Kawalan akaun pengguna dan kawalan ibu bapa (Parental Controls) memudahkan pengasingan akaun untuk setiap pengguna di dalam keluarga itu, termasuklah mengawal laman web, program dan game yang boleh digunakan atau dipasang. Faktor itu memberi perlindungan menyeluruh kepada semua ahli keluarga dan komputer pula boleh beroperasi dengan lancar.

Windows Vista ini juga dibekalkan dengan pertahanan berpusat; Firewall menerusi Group Policies untuk menghindarkan sebarang serangan gejala berkaitan virus di pelbagai peringkat lapisan rangkaian. Oleh itu, sebarang kemungkinan dapat diatasi sebelum sampai ke PC pengguna.

Bagi pengguna yang belum mampu mendapatkan Vista kerana sistem pc lama, saya cadangkan anda cuba ke website ini dan dapatkan Vista Transformation Pack 8.0.1. Fitur ini akan dimasukkan ke XP dan komputer anda kini menjadi 'Vista':
. Boot screen
· Welcome Screen / Logon Screen
· New msstyles files (visual styles)
· New desktop and file icons
· New toolbar icons
· Progress Dialogs
· Sounds scheme
· System Tray icons
· New Wallpapers
· Windows Media Player Skins

link: http://www.softpedia.com/get/System/OS-Enhancements/Vista-Transformation-Pack.shtml

Komen terkini