Selasa, Februari 05, 2008

Gamers - check prestasi sistem komputer anda.



Site ini saya temui sebenarnya secara kebetulan. Ketika itu saya sedang berusaha mencari maklumat lanjut mengenai penarafan (benchmark) lain antara processor AMD dan Intel. Walaupun sebelum ini telah ada site yang memberikan saya jawapan itu, tetapi saya pasti ada site lain yang mungkin memberikan jawapan berbeza. Saya yakin kerana mereka yang melibatkan diri dalam melakukan penarafan tersebut akan menggunakan motherboard dan memory yang berlainan. Ini ditambah pula dengan kad grafik yang mempunyai pecutan berbeza.
Kepada pembaca yang belum mengetahui perbezaan antara kedua-dua processor bolehlah ke penarafan (benchmark) processor di bahagian pautan sokongan.

Mengenai site ini, ia memberi peluang kepada gamers untuk menilai keupayaan sistem komputer mereka sama ada memenuhi kehendak spesifikasi permainan masa kini yang mementingkan 'kuasa' luarbiasa atau tidak. Ini termasuklah kapasiti hard disk, kelajuan kad grafik, memori dan OS(operating system). Hasil ujian juga diberikan di samping memberikan beberapa cadangan tambahan dan pengubahsuaian. Ini mengelakkan kita dari membuat kesilapan dan membeli perkakasan yang tidak mendatangkan kesan besar ke atas prestasi komputer. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran.

Dibangunkan oleh Futuremark berasaskan 3DMark Technology, ujian ini mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin tahu dan berminat untuk mengubahsuai komputer mereka setaraf dengan permainan yang mereka miliki. Kepada para pelajar yang sering bertanya, "Kenapa cikgu, komputer rumah saya slow kalau main game..?" Jawapannya ada di sini. Cubalah. Klik link ini: http://www.yougamers.com/gameometer/10171/

Komen terkini