Selasa, Januari 29, 2008

GET Defrag-A-File 2


Prestasi komputer yang tidak menentu dan lembab kadangkala disebabkan oleh susun atur fail yang tidak seimbang dalam hard disk. Capaian kepada fail-fail tersebut menjadi lambat kerana jarak kedudukannya yang jauh antara satu sama lain. Ini boleh diatasi dengan melakukan defrag pada hard disk tersebut. GET Defrag -A-File 2 merupakan perisian defrag versi yang dipertingkatkan berbanding dahulu. Instalasi dan penggunaannya secara kerap dapat membantu membina kedudukan fail yang lebih baik dan tersusun. Secara tidak langsung capaian menjadi pantas dan prestasi komputer meningkat.

Beberapa fitur tambahan telah dimasukkan. antaranya;
• Algoritma pengisihan yang baru dan lebih maju untuk memastikan lebih banyak fail dapat di defrag dan melakukan defrag secara lebih pantas.

Berkeupayaan untuk melakukan defrag melepasi tingkat fragmentasi tertentu pada fail terpilih.

• Mampu melakukan defragmentasi lebih daripada satu pemacu (drives) pada satu-satu masa.

Bagi mereka yang telah mencuba, bolehlah kongsi bersama dalam ruangan ulasan, ok.




Khamis, Januari 24, 2008

Kursus PPiICT


Januari 2008 menyaksikan kpm telah mula menggerakkan jentera ICT peringkat kebangsaan dan negeri untuk memastikan guru-guru dibekalkan dengan pengetahuan ict yang mantap. Ini sejajar dengan hasrat negara untuk melaksanakan pembestarian sekolah secara besar-besaran melibatkan bukan sahaja sekolah berasrama penuh malahan sekolah harian.

Kursus PPICT yang akan dianjurkan sepanjang tahun menyaksikan penglibatan sebilangan besar guru di seluruh Malaysia. Ia mensasarkan hampir 200,000 peserta di seluruh negara.

Jurulatih utama yang dilantik akan bertanggungjawab memastikan kemahiran ICT guru-guru ini dapat dipertingkatkan melalui sesi pembelajaran yang disediakan sepanjang lima hari berkursus.

Kepada semua guru, bersedialah dari sekarang untuk mengharungi tahun 2008 yang penuh cabaran. Selamat bertugas!

Ahad, Januari 20, 2008

Laptop mampu milik; Acer Aspire 4520






Acer memang dikenali ramai di Malaysia sebagai pengeluar laptop yang mampu milik terutama oleh golongan berpendapatan sederhana. Sepanjang 6 bulan ini, Acer telah mempromosikan Acer Aspire mereka dengan kapasiti yang berbeza.


Saya amat tertarik dengan Aspire 4520 ini yang menggunakan pemproses AMD Turion 64 X2 Mobile Technology TK-53.

Bagi 'orang lama' ICT, AMD bukanlah nama baru dalam penghasilan pemproses (processor).
Namun di Malaysia, AMD tidak begitu terkenal. Mungkin disebabkan oleh promosi yang dijalankan oleh pihak Intel.

Intel dibangunkan pada tahun 1968 oleh Gordon E. Moore (pakar kimia dan fizik) dan Robert Noyce (ahli fizik dan salah seorang pencipta litar bersepadu atau integrated circuit). Intel Corporation yang berpusat di Santa Clara, California membangunkan Intel 4004; unit pemproses pertama berukuran 4-bit (CPU) yang dibangunkan pada tahun 1971. AMD pula merupakan pembekal kedua terbesar di dunia unit pemproses berasaskan teknologi x86 dan pembekal ketiga terbesar di dunia bagi kad grafik dan GPUs, selepas mengambil alih ATI tahun 2006.

Apa yang jelas, persaingan antara kedua pihak amat sengit. Walaupun ada di antara processor yang dihasilkan oleh kedua-dua pihak kadangkala kurang berkualiti, tapi promosi yang hebat berjaya meletakkan Intel di hadapan dalam persaingan merebut peluang pasaran di Malaysia.

Berbalik tentang Acer Aspire ini, kualiti penghasilan laptop ini amat memuaskan. Dari rekabentuk luaran hinggalah spesifikasi dalaman, semuanya memuaskan. Kapasiti dan keupayaan pemproses Turion berada di tengah2 jika dilihat melalui benchmark. (Rujuk artikel kami sebelum ini). Unit ICT kami pernah mendapat sebuah Acer TravelMate pada tahun 2003. Dari kemasukan data guru dan pelajar hinggalah ke penghasilan bahan multimedia menggunakan Sony Vegas dan Movie Maker. Semuanya ok. Penggunaanya maksimum dan sudah pastilah ia akan bertukar tangan berulang kali. Namun sehingga ke hari ini, sistem dalamannya tidak pernah memberikan masalah, walaupun luarannya sudah agak 'uzur'.

Ketika ini saya menggunakan Acer Aspire 4520 1.8GHz yang dibeli semasa PC Fair akhir tahun lalu. Isteri saya tersenyum kerana dengan laptop yang mempunyai banyak kemudahan ini seperti CIR dan Card Reader, ditambah pula dengan Webcam dan CD/DVDRW; pada harga RM1999. Free gift?? 1Gb RAM, usb hub, optical mouse, DVDR, lock.... Woww!!! amat berbaloi. Pada taklimat ICT yang dijalankan di sekolah sebelum sesi persekolahan tamat, ramai yang berminat. Sehingga saat catatan ini ditulis, hampir 20 orang guru telah pun membelinya. Melalui respon, sistem ini tidak langsung bermasalah. Syabas Acer! Di bawah ini saya perturunkan spesifikasi Aspire 4520. (Sehingga hari ini promosi masih berlangsung dengan processor 2.0GHz!)

Acer Aspire 4520
AC power cable and adaptor
Windows Vista Driver CD
Manual

Spesifikasi
AMD Turion 64 X2 Mobile Technology TK-53 1.70 GHz 256 KB L2 cache
Linux
1GB DDR2 667 MHz RAM
Nvidia GeForce 7000M (256 MB of system memory)
Nvidia nForce 610M (MCP67-MV)

Storage
160GB SATA HDD (5,400 rpm)
8x Super Multi Dual Layer DVD Writer

I/O Devices
14.1" WXGA Acer CrystalBrite TFT LCD (1280x800-pixel resolution)
Standard keyboard with 88 keys
Touchpad pointing device with 4-way scroll button and 2 buttons

Communication
Modem: 56K Internal Modem
10/100 Gigabyte Ethernet LAN
802.11 b/g WLAN
Integrated Bluetooth 2.0+EDR Wireless Personal Area Network (WPAN)

I/O Ports
4 x USB 2.0 Ports
Card Reader 4 in 1 (SD, MMC, MS, MS Pro)
1 VGA Port
S-Video TV out Port
Express Card Slot
IEEE 1394 Port mini

Audio System
Realtek High Definition Audio
Built-in speaker and microphone
Microphone-in jack
Headphone-out jack (S/PDIF)
Line-in jack

Power Specifications
Battery: 44.4W 4,000 mAh 6-cell Li-ion battery pack
Backup Time: 2.5-hour battery life

Dimensions
Size: 342 (W) x 247 (D) x 35/38 (H) mm
Weight: 2.48 kg (5.48 lbs.)

Pelancaran MACBOOK AIR








Apple telah melancarkan komputer generasi terkini mereka baru-baru ini, MACBOOK AIR. Elegan dan bergaya. Itulah yang boleh dikatakan mengenai produk terbaru ini yang dilancarkan pada satu majlis di San Francisco. Nipis sehingga mencecah 0.76 inches (1.93cm). Tapi jangan terkejut jika anda tidak menemui pemacu cakera padat CD/DVDRW seperti biasa yang terdapat pada komputer lain. Ini adalah kerana pihak pengurusan Apple mahukan MACBOOK AIR menjadi satu platform berteknologi wireless sepenuhnya. Nampak gaya, terpaksalah pembeli mengeluarkan sedikit lagi bajet untuk mendapatkan pemacu luaran 'external CD/DVDRW'.

Laptop ini kini menjadi pesaing terkuat di samping pengeluar laptop lain di dunia seperti Asus, Dell, Acer dan Sony yang sering mengeluarkan rekabentuk laptop yang ringan dan nipis. Menggunakan pemproses Intel Core 2Duo, ia dijual pada harga $1,799 dengan kapasiti 80GB hard disk atau 64 Gigabyte solid state dengan tambahan $999. Ok? Check bajet, kalau cukup boleh teruskan...

Rabu, Januari 16, 2008

Amaran - Malicious New Year Card Emails!!

Terdapat pergerakan spam emails pada sambutan tahun baru 2008. Spam ini apabila di klik akan memandu pengguna untuk memuat turun satu program yang dinamakan Happy -2008.exe. Analisa oleh MyCert menunjukkan pengguna akan menerima email bertajuk seperti berikut:

  • Happy New Year To You!
  • Wishes for the new year
  • Opportunities for the new year
  • New Year Postcard
  • New Year Ecard
  • New Year wishes for you
  • Happy New Year To You!
  • Message for new year
  • Blasting new year
  • As you embrace another new year
  • It.s the new Year
  • As the new year.
  • Happy 2008 To You!
  • Joyous new year
  • Lots of greetings on new year
  • A fresh new year

Apabila dibuka mel tersebut mengandungi mesej ringkas seperti:

  • A fresh new year
    http://uhavepostcard.com/

  • New Year wishes for you
    http://happycards2008.com/

  • Joyous new year
    http://uhavepostcard.com/

Menurut analisa MyCert lagi, alamat IP penghantar kerap bertukar bagi memberikan kesukaran kepada agensi seperti MyCert memadamkan atau mengeluarkan laman tersebut. Program happy-2008.exe itu sendiri sebenarnya merupakan malware yang dikenali dengan nama zhelatin/pearcom atau storm worm yang menggunakan teknik peer-to-peer sebagai saluran komunikasi.

Keputusan scan oleh ClamAV antivirus menghasilkan maklumat berikut:

$ clamscan happy-2008.exe.1 No Ubuntu promotion please :-) happy-2008.exe.1: Trojan.Zhelatin FOUND

----------- SCAN SUMMARY -----------
Known viruses: 181122
Engine version: 0.91.2
Scanned directories: 0
Scanned files: 1
Infected files: 1
Data scanned: 0.39 MB
Time: 1.578 sec (0 m 1 s)
---------------------------------------------------

Perincian boleh didapati dari:

Adalah dinasihatkan pengguna tidak mengklik email tersebut dan sebagai langkah pencegahan, update pattern antivirus anda.

Fail MS Word Rosak (Corrupt)


Dua hari yang lalu saya berhadapan dengan masalah yang pernah saya cuba selesaikan dulu. Ketika itu fail rakan saya bermasalah. Bezanya kali ini, saya sendiri yang mengalaminya. Mungkin ada di antara kita yang menyimpan fail-fail dalam bentuk *.doc MS Word versi 2000 atau 2003 menghadapi masalah fail tersebut tidak dapat dibuka atau corrupt. Apatah lagi ianya melibatkan fail penting dalam simpanan kita.

Puas saya explore dan search melalui google dan yahoo. Apa yang saya dapat ialah perisian seperti Advanced Word Repair dan Word Repair 1.0 yang langsung tidak membantu. Word Repair pula rupanya bukan untuk membaiki fail kerja kita yang rosak tetapi memulihkan fail perisian MS Word. Sehinggalah saya menemui satu website yang memberikan input yang baik. Rupa-rupanya dalam MS Word sendiri disediakan kaedah memperbaiki fail simpanan kita yang bermasalah. Sangat mudah. Saya berharap, langkah penyelesaian yang saya paparkan ini dapat membantu kita semua, ok.

1. Buka MS Word
2. Klik File, Open
3. Browse fail kita yang bermasalah
4. Di sudut kanan bawah, pilih 'Open and Repair'. Fail itu dah boleh digunakan.

Selasa, Januari 01, 2008

Selamat datang 2008!


Selamat tahun baru 2008 kepada semua warga SMK Aminuddin Baki! Tahun ini menjanjikan pelbagai harapan kepada semua warga pendidik untuk memantul prestasi pelajar ke tahap maksimum melebihi pencapaian prestasi 2007. Walaupun ianya amat sukar untuk dicapai, namun berkat kesungguhan dan kesabaran guru-guru, prestasi cemerlang yang diinginkan pasti dapat dicapai.
Keputusan PMR yang diumumkan baru-baru ini juga memberikan petunjuk prestasi yang baik tetapi masih mempunyai ruang untuk diperbaiki. Oleh itu teruskan usaha dan komitmen!
Jadual guru 2008 telah pun dapat disiapkan oleh unit jadual waktu kami seperti yang dijangka. Terima kasih kepada Pn. Liow Lian Fong dan Pn. Siti Suhaira yang telah bertungkus lumus dan bersengkang mata membantu dalam proses pembinaan jadual ini.
Warga SAB pada tahun ini juga menerima 'setting' pelajar yang berbeza dengan tahun 2007 di mana tahun 2008 ini pelajar dari kelompok elit dimasukkan ke Ting. 1 dengan harapan ianya dapat membantu melonjakkan prestasi pelajar-pelajar lain. Perpindahan kelompok pelajar Ting. 3 ke sesi petang juga dilihat seiring dengan hasrat pentadbir sekolah untuk merealisasikan impian menaikkan nama SAB.
Syabas diucapkan kepada pihak pentadbir. Semoga SAB terus cemerlang, gemilang dan terbilang! Selamat bertugas kepada semua!!

Komen terkini