Selasa, Januari 01, 2008

Selamat datang 2008!


Selamat tahun baru 2008 kepada semua warga SMK Aminuddin Baki! Tahun ini menjanjikan pelbagai harapan kepada semua warga pendidik untuk memantul prestasi pelajar ke tahap maksimum melebihi pencapaian prestasi 2007. Walaupun ianya amat sukar untuk dicapai, namun berkat kesungguhan dan kesabaran guru-guru, prestasi cemerlang yang diinginkan pasti dapat dicapai.
Keputusan PMR yang diumumkan baru-baru ini juga memberikan petunjuk prestasi yang baik tetapi masih mempunyai ruang untuk diperbaiki. Oleh itu teruskan usaha dan komitmen!
Jadual guru 2008 telah pun dapat disiapkan oleh unit jadual waktu kami seperti yang dijangka. Terima kasih kepada Pn. Liow Lian Fong dan Pn. Siti Suhaira yang telah bertungkus lumus dan bersengkang mata membantu dalam proses pembinaan jadual ini.
Warga SAB pada tahun ini juga menerima 'setting' pelajar yang berbeza dengan tahun 2007 di mana tahun 2008 ini pelajar dari kelompok elit dimasukkan ke Ting. 1 dengan harapan ianya dapat membantu melonjakkan prestasi pelajar-pelajar lain. Perpindahan kelompok pelajar Ting. 3 ke sesi petang juga dilihat seiring dengan hasrat pentadbir sekolah untuk merealisasikan impian menaikkan nama SAB.
Syabas diucapkan kepada pihak pentadbir. Semoga SAB terus cemerlang, gemilang dan terbilang! Selamat bertugas kepada semua!!

Tiada ulasan:

Komen terkini