Rabu, Februari 20, 2008

Enable Task Manager

Tahun 2007 menyaksikan serangan virus yang agak serius sehingga menyebabkan talian schoolnet yang dibekalkan ke sekolah Malaysia, mengalami gangguan trafik yang teruk. Bukan itu sahaja, malahan penularan virus yang rancak turut berlaku dalam rangkaian dalaman sekolah sehingga menyebabkan server gagal berfungsi dan terpaksa diformat semula berulangkali.
Semasa perbincangan yang dijalankan bersama Penyelaras PPSMI SAB; En Suffian, kami mendapati majoriti guru yang menggunakan laptop PPSMI diserang oleh virus dari variasi yang berbeza. Antaranya brontokbro, ravmon.exe, W32.Yautoit, rvhost.exe, sohanad/yautoit, fujacks dan bro-act. Ini dikatakan berpunca dari penggunaan pen-drive secara aktif semasa guru-guru berkursus ditambah pula dengan perisian antivirus yang pattern nya tidak pernah diupdate. Tumpuan serangan virus ini pula dilihat pada zon kritikal Windows XP seperti TaskManager dan Regedit. Walaupun virus ini berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari Windows XP, tetapi kesan serangan tetap ada. Ia menyebabkan pc mengeluarkan ralat 'Task Manager has been disabled by your administrator' setiap kali pengguna cuba menekan kekunci Ctrl+Alt+Delete atau menaip 'regedit' di Run.

Satu ketika unit ict kami menerima puluhan aduan dari guru-guru tentang serangan ini menyebabkan kami tidak menang tangan mengatasinya. Ada yang dapat diselesaikan tetapi datang semula kerana 'terkena' serangan yang sama. Sebagai jalan penyelesaian, kami mengesyorkan teknik penggantian arahan pembetulan task manager seperti ini:

Open Notepad.
- Copy and paste the following:

On Error Resume Next
Set shl = CreateObject(”WScript.Shell”)
Set fso = CreateObject(”scripting.FileSystemObject”)
shl.RegDelete “HKEY_CURRENT_USER \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion
\Policies \System \DisableRegistryTools”
shl.RegDelete “HKEY_CURRENT_USER \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion
\Policies \System \DisableTaskMgr”
shl.RegDelete

- Save this file as C: \RESTORE.VBS. (type ALL FILES)
- Click Start> Run, type C: \RESTORE.VBS, then press Enter.
- Click Yes at the prompt of the message box.

Tetapi ia agak teknikal bagi mereka yang amatur dalam ict. Kini terdapat satu perisian yang mudah; Task Manager Fix membenarkan pengguna enable disabled task manager dengan pantas tanpa berpeluh.
http://www.taskmanagerfix.com/dl/download.php?id=1error

Jumaat, Februari 15, 2008

Windows Vista


Vista, yang sebelum ini dikenali dengan kod 'Longhorn', telah dilancarkan oleh Microsoft pada 30 November 2006. Ketika itu, ianya hanya untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Bill Gates, pengasas Microsoft kemudiannya mengadakan pelancaran besar-besaran Windows Vista dan Microsoft Office 2007 di Times Square pada 29 Januari 2007.

Terdapat 9 versi berlainan Vista dibawah dua kategori utama iaitu Home Edition and Business Edition.

Perubahan ketara Vista yang boleh kita lihat berbanding Windows ialah antaramuka pengguna (user interface) yang digelar 'AERO' (Authentic,Energetic, Reflective, Open).

Pada awal bulan Jun 2006, Microsoft ada menawarkan versi beta kepada pengguna untuk dimuat turun dan digunakan. Ini bagi memberikan peluang kepada pihak Microsoft mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perisianVista ini sebelum dilancarkan sepenuhnya. Menurut Bill Gates, lebih 5 juta pengguna telah memuat turun dan menggunakan Vista versi beta ini!
Berbanding dengan Windows XP, Windows Vista dibangunkan oleh Microsoft sebagai platform sistem pengoperasian (OS) versi paling selamat. Ciri keselamatan Vista ini mampu memberikan keyakinan kepada pengguna di samping memberikan kawalan yang efektif terhadap pergerakan keluar masuk fail, peranti sisipan dan semasa beroperasi online. Beberapa ciri keselamatan dirangkumkan bersama ke dalam Vista untuk memastikan penggunaan yang selamat sama ada ketika di atas desktop atau secara online.

Di antara ciri sistem keselamatan yang dimajukan ialah:
1. PC dilindungi daripada sebarang ancaman virus, cecacing, perisian pengintip atau lain-lain perisian yang tidak diingini.

2. Melayari laman web secara lebih selamat untuk anda dan keluarga terutamanya anak-anak yang mudah terdedah dengan pelbagai gejala kurang sihat.

3. Vista juga memahami apabila PC berada dalam keadaan kurang selamat ia akan mengawal dan menyediakan panduan untuk membantu pengguna memperbaiki ciri keselamatannya. Kawalan Akaun Pengguna (User Account) dalam Vista memperbaiki ciri keselamatan PC dengan memberi keupayaan untuk membuat keputusan sekiranya terdapat perisian berbahaya sama ada ia dibenarkan atau tidak membuat perubahan ke atas sebarang pelarasan PC.

Ia bekerjasama dengan Windows Defender dan Internet Explorer bagi mengurangkan kesan terhadap serangan virus, perisian pengintip (spyware) atau lain-lain ancaman berkaitan keselamatan PC. Kawalan akaun pengguna dan kawalan ibu bapa (Parental Controls) memudahkan pengasingan akaun untuk setiap pengguna di dalam keluarga itu, termasuklah mengawal laman web, program dan game yang boleh digunakan atau dipasang. Faktor itu memberi perlindungan menyeluruh kepada semua ahli keluarga dan komputer pula boleh beroperasi dengan lancar.

Windows Vista ini juga dibekalkan dengan pertahanan berpusat; Firewall menerusi Group Policies untuk menghindarkan sebarang serangan gejala berkaitan virus di pelbagai peringkat lapisan rangkaian. Oleh itu, sebarang kemungkinan dapat diatasi sebelum sampai ke PC pengguna.

Bagi pengguna yang belum mampu mendapatkan Vista kerana sistem pc lama, saya cadangkan anda cuba ke website ini dan dapatkan Vista Transformation Pack 8.0.1. Fitur ini akan dimasukkan ke XP dan komputer anda kini menjadi 'Vista':
. Boot screen
· Welcome Screen / Logon Screen
· New msstyles files (visual styles)
· New desktop and file icons
· New toolbar icons
· Progress Dialogs
· Sounds scheme
· System Tray icons
· New Wallpapers
· Windows Media Player Skins

link: http://www.softpedia.com/get/System/OS-Enhancements/Vista-Transformation-Pack.shtml

Selasa, Februari 05, 2008

Gamers - check prestasi sistem komputer anda.



Site ini saya temui sebenarnya secara kebetulan. Ketika itu saya sedang berusaha mencari maklumat lanjut mengenai penarafan (benchmark) lain antara processor AMD dan Intel. Walaupun sebelum ini telah ada site yang memberikan saya jawapan itu, tetapi saya pasti ada site lain yang mungkin memberikan jawapan berbeza. Saya yakin kerana mereka yang melibatkan diri dalam melakukan penarafan tersebut akan menggunakan motherboard dan memory yang berlainan. Ini ditambah pula dengan kad grafik yang mempunyai pecutan berbeza.
Kepada pembaca yang belum mengetahui perbezaan antara kedua-dua processor bolehlah ke penarafan (benchmark) processor di bahagian pautan sokongan.

Mengenai site ini, ia memberi peluang kepada gamers untuk menilai keupayaan sistem komputer mereka sama ada memenuhi kehendak spesifikasi permainan masa kini yang mementingkan 'kuasa' luarbiasa atau tidak. Ini termasuklah kapasiti hard disk, kelajuan kad grafik, memori dan OS(operating system). Hasil ujian juga diberikan di samping memberikan beberapa cadangan tambahan dan pengubahsuaian. Ini mengelakkan kita dari membuat kesilapan dan membeli perkakasan yang tidak mendatangkan kesan besar ke atas prestasi komputer. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran.

Dibangunkan oleh Futuremark berasaskan 3DMark Technology, ujian ini mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin tahu dan berminat untuk mengubahsuai komputer mereka setaraf dengan permainan yang mereka miliki. Kepada para pelajar yang sering bertanya, "Kenapa cikgu, komputer rumah saya slow kalau main game..?" Jawapannya ada di sini. Cubalah. Klik link ini: http://www.yougamers.com/gameometer/10171/

Komen terkini