Rabu, Mac 26, 2008

Universal Serial Bus 3.0 (USB 3.0)











Pada forum yang telah diadakan oleh pihak Intel baru-baru ini, pihak Intel ada mengumumkan mengenai pelancaran produk terbarunya yang dijangka berada di pasaran pada segmen pertama 2008. USB 3.0 yang juga dikenali dengan “superspeed personal USB interconnect” ini memiliki 10 kali kepantasan teknologi USB generasi sekarang iaitu USB 2.0.

USB 3.0 Promoter Group yang terdiri dari syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Intel, HP, NEC Corporation, NXP Semiconductors, Microsoft, dan Texas Instruments telah mencapai kesepakatan dalam membentuk piawaian standard bagi USB 3.0 ini.

Ketika ini USB 2.0 membekalkan kepantasan penghantaran data pada kadar 480 megabits per second. Ini menyakinkan kita bahawa USB 3.0 ini mampu mencapai kelajuan penghantaran 4.8 gigabits per second.

Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu risau tentang penggunaan USB 2.0 kerana walaupun rupanya yang hampir sama tetapi terdapat perubahan yang signifikan pada baris connector 3.0. Langkah-langkah 'backward compatibility' atau keserasian penggunaan telah diambil oleh pembangun usb yang baru ini untuk memastikan mereka tidak menyebabkan pengguna 'menderita'. Pengguna usb 2.0 masih boleh bernafas lega...

Komen terkini