Khamis, Disember 06, 2007

Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2007


Peranan Sains dan Teknologi serta perkembangan Teknologi Maklumat dalam membentuk pembangunan sesebuah negara tidak dapat dinafikan. Malaysia juga tidak terkecuali. Bagi mencapai hasrat Wawasan 2020 yang menginginkan kemajuan negara dicapai dengan “acuan diri sendiri”, maka penganjuran program-program kesedaran dan penerapan nilai merupakan satu usaha kritikal yang perlu diberi perhatian.

Menyedari hakikat ini, Unit Sains Teknologi Dan ICT Negeri johor mengambil inisiatif untuk menganjurkan Minggu Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor bagi tahun 2007
( MISTI JOHOR 2007 ) yang bertemakan
“ Segalanya Di Dalam Kehidupan Anda ”

MISTI JOHOR 2007 merupakan kemuncak terhadap pelbagai program penggalakkan Sains, Teknologi dan ICT yang telah diadakan sepanjang tahun di Negeri Johor. SMK Aminuddin Baki tidak terkecuali dengan menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang minggu tersebut. Para pelajar dengan dibantu oleh tiga orang guru, Cik Wan Ezielia, Cik Noorilyana dan Pn. Siti Zaleha telah ke Pusat Konvensyen, Persada Johor pada 20-Julai-2007 hingga 25-Julai-2007

Kali terakhir MISTI JOHOR seumpamanya telah dianjurkan pada Disember 2005 dengan bertemakan
“ Budaya Inovasi Dan ICT Dalam Kehidupan Masakini ”.

Melalui penganjuran MISTI JOHOR 2007 ini, diharap dapat mendedahkan kepada masyarakat Johor khususnya, mengenai perkembangan teknologi tinggi serta inovasi dalam bidang Sains, Teknologi dan ICT

Tiada ulasan:

Komen terkini